Thursday, 10 June 2010

SENARAI PROGRAM AFFILIATE DI MALAYSIA

Selamat datang aku ucapkan kepada semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ni. Blog ni menghimpunkan senarai program Affiliate yang terdapat di Malaysia. Kalau tanya kat pakcik google memang berjuta-juta lemon keluar pasal program Affiliate ni dan aku percaya korang mesti pening nak pilih yang mana satu program affliate yang patut join

So aku buat blog ni untuk panduan diri sendiri dan dalam masa yang sama ia mungkin boleh jadi panduan kepada newbie untuk lebih mengenali dunia affiliate dan memilih affliate yang sesuai. Aku amat mengalu-alukan kepada mana-mana pengunjung untuk share affliate yang korang join di blog ini. Sila tinggalkan link affiliate korang kat ruang komen. Aku akan tengok dulu. Kalau sesuai aku tepek di blog ni kat ruangan AFFILIATE CADANGAN PELAWAT disebelah kiri blog ni.

Banyak program affliate kat Malaysia ni didominasi produk digital. Banyak newbie pulak memang agak buta dunia internet. Kadang-kadang seorang newbie tu tak tahu dan tak faham pun apa benda yang dia cuba jual bila dia join satu-satu program affliate. Aku dulu jugak camtu. Terkial-kial dibuatnya. Bukan semua orang faham istilah pelik-pelik ni. Minisite..MMR..Web Hosting...Pay Per Click...Adsense...bla.bla...bla...

Disebabkan dah pening aku cuba cari produk yang aku rasa selesa dan betul-betul paham. Maka aku pun beralih arah kepada produk fizikal dan produk ebook yang tak dak kena mengena dengan Internet Marketing. Hasilnya aku kini makin selesa dengannya.

So pilihlah program affiliate yang sesuai dengan korang dan dalam masa yang sama kena jugak le belajar pasal Internet Marketing...kalau tak macam mana korang nak promote link affiliate korang? Apa yang penting korang kena faham apa yang korang cuba jual

Walau apapun ingin sekali aku tegaskan disini bahawa apa yang aku tulis dalam blog ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Aku harap korang gunakan lah kebijaksanaan akal dan fikiran untuk memilih produk affliate yang terbaik dan sesuai. Sebarang masalah yang mungkin timbul kemudian hari adalah tanggungjawab sendiri sebab apa yang aku senaraikan dalam blog ni ada yang aku join dan ada yang tidak. Jadi kalau korang terkena makanya aku pun mungkin akan terkena jugak la kan.....

Sekian

Selamat Buat Duit Online Dengan Affiliate


12 comments:

  1. ade affliate program dari raja kamil. panduan mudah dan tips pemasaran berkesan utk seller di mudah.com.my. saya join affiliate program die. link die

    http://dot-my.com/index.php?ref=ridza

    harap bole publish.

    ReplyDelete
  2. TQ atas perkongsian ladymeow. nanti saya tengok ye

    ReplyDelete
  3. Salam.....Terima Kasih Bayak2, banyak maklumat saya dapat di website ini. terutama tentang affiliate newbie mcm saya ni, TQ TQ TQ...

    ReplyDelete
  4. Mohon panduan bersama untuk menjadi agen affiliate yg berjaya,.. .terima kasih saya ucapkan,.. .

    ReplyDelete
  5. sedang pening2 lalat2 jgk psl benda nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akupon da mula vengonk. cmner nk copy dn paste kod pon xreti. brg da ad tpi xdpt nk promote. xreti men komputer..ehehe.. xmcoks la uit klo dokpi dokmai jr, ssape terer plisla tolon...

      Delete
  6. Pernah dengar affiliate junction? Program affiliate pertama dia malaysia menggunakan system on9 dan offline

    ReplyDelete
  7. Pernah dengar pasal afiliate marketing yg guna mykad sbg loyalty kad? tlg share apa2x yg patut. timer kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg dah boleh guna platform online dan offline utk Mykad affiliate ni.

      Delete
  8. Cuma untuk berkongsi Cabaran Affiliate Mega kini di buka.Jadi yang terawal untuk promosi produk terbaru dari otai internet marketing Razif Yusof dan Zamri Nanyan.Daftar sekarang lepas tonton video ni.
    https://goo.gl/UJgVYm

    ReplyDelete
  9. Cuma untuk berkongsi Cabaran Affiliate Mega kini di buka.Jadi yang terawal untuk promosi produk terbaru dari otai internet marketing Razif Yusof dan Zamri Nanyan.Daftar sekarang lepas tonton video ni.
    https://goo.gl/UJgVYm

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails